Thursday, May 10, 2007

PJKN 07

PENGENALAN
Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) merupakan suatu bentuk “Khidmat Nasional” bagi belia lepasan SPM. Walau bagaimanapun ianya berbeza daripada “Program Khidmat Negara” yang umumnya bersifat ketenteraan dengan tujuan memperkukuhkan mental dan fizikal peserta. Pelaksanaan PJKN lebih menekankan kepada aspek pembangunan diri generasi muda itu sendiri di samping menyemai semangat memperkasa jati diri, kesukarelaan, patriotisme, membentuk perilaku yang baik dan menghayati perpaduan negara.

PJKN telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2006 dengan bertujuan untuk mengisi masa lapang belia dan beliawanis yang tidak terpilih menyertai PLKN. Dalam program PJKN inilah masa yang terbaik kepada para belia dan beliawanis membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh mereka dan yang kurang pengalaman boleh menimba pengetahuan.

Program ini dijalankan mengikut modul yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Sahsia KBS. Pihak penganjur amat berkeyakinan para belia dan beliawanis yang mengikuti program ini akan membawa balik ilmu yang terbaik sebagai pemimpin masa hadapan negara.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan telah pun berjaya menganjurkan Program ini pada tahun 2006 disamping Program Khidmat Sosial Negara pada tahun 2002 dan 2003, berkeyakinan program ini akan berjaya dilaksanakan dengan adanya penceramah dan fasilitator yang berwibawa.

MATLAMAT
Matlamat Umum
Untuk membantu usaha membina generasi muda menghadapi cabaran sosial masa kini dengan memperkasa ketahanan diri mereka dengan semangat patriotisme, kejelasan identiti jatidiri dan penghayatan perpaduan.

Matlamat Khusus
Merencana aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk golongan remaja 18 - 25 tahun. Dalam merencana aktiviti ini, beberapa prinsip juga telah diambil kira, termasuk minat dan bakat peserta.

OBJEKTIF
Objektif Umum
“Peserta-peserta akan dapat membentuk keperibadian sebagai warganegara muda Malaysia yang mempunyai jatidiri yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.

PENGISIAN PROGRAM
- LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
- KENEGERAAAN
- PENDIDIKAN MORAL
- KHIDMAT MASYARAKAT
- KELUARGA ANGKAT
- PERKHEMAHAN, SUKAN DAN RIADAH
- EKSPRESSI SENI
- PENGUCAPAN AWAM

KEMUDAHAN PROGRAM
Pihak penganjur menyediakan kemudahan berikut secara percuma.
- Makan Minum
- Penginapan
- Pengangkutan
- Sijil Penyertaan
- Fail, Nota dan Alat Tulis
- T - Shirt dan Track Botom
- Topi dan Bag Galas
- Insuran Diri

PERALATAN PERIBADI
Jika ingi menyertai Program ini, anda hanya perlu membawa barang-barang keperluan berikut :
- Pakaian Kursus
- Pakaian Sukan, Kasut Sukan
- Pakaian SolatTuala, Berus dan Ubat Gigi & Sabun
- Barangan Peribadi
- Ubatan Peribadi (jika perlu)
- Dan Lain-lain Keperluan Peribadi

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Kompleks Rakan Muda, Jalan Serindit,
14200 Sungai Jawi,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tel : 04 - 582 4380
Fax : 04 - 582 4380
www.pbsdsps.multiply.com
TARIKH TUTUP : 23 Mei 2007 (SELASA)