Friday, April 27, 2007

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Sekapur Sirih Seulas Pinang










Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.





Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk

bersama tuan/puan diruangan ini. Saya juga berterima kasih kerana diberi kesempatan

untuk menjalankan tugas-tugas saya sebagai Pegawai Belia Dan Sukan Daerah SPS ,

juga turut menjalankan tugas-tugas sebagai Pengurus Kompleks Rakan Muda SPS





Walaupun hanya sempat bersama tuan/puan selama 7 1/2 bulan, tetapi rasa sedih tetap


ada. Di sini kita telah berjaya membina satu kumpulan kerja yang cukup efisyen,

komited dan mesra. kita juga berjaya mewujudkan laman web rasmi PBSD SPS/KRM SPS.

Kita juga mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan agensi-agensi lain di daerah

ini, dan sejak kebelakangan ini, reputasi kita di peringkat daerah amat membanggakan
sekali.





Sebenarnya banyak perkara yang yang telah kita rancangkan bersama untuk memenuhi

permintaan golongan muda di daerah ini. Namun dengan komitmen dan kewujudan

tenaga fasilitator sukarela PBSD SPS , saya yakin semua perancangan yang telah

diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.





Saya juga berharap, agar golongan muda di daerah ini dapat mengambil kesempatan

untuk menyertai setiap program yang telah diaturkan.





Akhirnya, saya doakan agar kita semua diberikan kerahmatan dan kesihatan untuk terus

menjalankan tanggungjawab sosial kita demi agama, bangsa dan negara. saya juga

memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang

bertugas di SPS. Kepada anda semua, jangan lupa mendoakan kesejahteraan saya dan

semoga saya terus suksess selamanya.





Sekian, terima kasih.



Mohd Hazan Bin Haji Dahari

Friday, April 6, 2007

Thursday, April 5, 2007

KURSUS KEPIMPINAN

KURSUS KEPIMPINAN
Pada : 13 - 15 April 2007 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jawi
Penyertaan : 17 tahun keatas

Maklumat lanjut hubungi :
04 - 582 4380 (yanie)