Thursday, May 10, 2007

PJKN 07

PENGENALAN
Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) merupakan suatu bentuk “Khidmat Nasional” bagi belia lepasan SPM. Walau bagaimanapun ianya berbeza daripada “Program Khidmat Negara” yang umumnya bersifat ketenteraan dengan tujuan memperkukuhkan mental dan fizikal peserta. Pelaksanaan PJKN lebih menekankan kepada aspek pembangunan diri generasi muda itu sendiri di samping menyemai semangat memperkasa jati diri, kesukarelaan, patriotisme, membentuk perilaku yang baik dan menghayati perpaduan negara.

PJKN telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2006 dengan bertujuan untuk mengisi masa lapang belia dan beliawanis yang tidak terpilih menyertai PLKN. Dalam program PJKN inilah masa yang terbaik kepada para belia dan beliawanis membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh mereka dan yang kurang pengalaman boleh menimba pengetahuan.

Program ini dijalankan mengikut modul yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Sahsia KBS. Pihak penganjur amat berkeyakinan para belia dan beliawanis yang mengikuti program ini akan membawa balik ilmu yang terbaik sebagai pemimpin masa hadapan negara.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan telah pun berjaya menganjurkan Program ini pada tahun 2006 disamping Program Khidmat Sosial Negara pada tahun 2002 dan 2003, berkeyakinan program ini akan berjaya dilaksanakan dengan adanya penceramah dan fasilitator yang berwibawa.

MATLAMAT
Matlamat Umum
Untuk membantu usaha membina generasi muda menghadapi cabaran sosial masa kini dengan memperkasa ketahanan diri mereka dengan semangat patriotisme, kejelasan identiti jatidiri dan penghayatan perpaduan.

Matlamat Khusus
Merencana aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk golongan remaja 18 - 25 tahun. Dalam merencana aktiviti ini, beberapa prinsip juga telah diambil kira, termasuk minat dan bakat peserta.

OBJEKTIF
Objektif Umum
“Peserta-peserta akan dapat membentuk keperibadian sebagai warganegara muda Malaysia yang mempunyai jatidiri yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.

PENGISIAN PROGRAM
- LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
- KENEGERAAAN
- PENDIDIKAN MORAL
- KHIDMAT MASYARAKAT
- KELUARGA ANGKAT
- PERKHEMAHAN, SUKAN DAN RIADAH
- EKSPRESSI SENI
- PENGUCAPAN AWAM

KEMUDAHAN PROGRAM
Pihak penganjur menyediakan kemudahan berikut secara percuma.
- Makan Minum
- Penginapan
- Pengangkutan
- Sijil Penyertaan
- Fail, Nota dan Alat Tulis
- T - Shirt dan Track Botom
- Topi dan Bag Galas
- Insuran Diri

PERALATAN PERIBADI
Jika ingi menyertai Program ini, anda hanya perlu membawa barang-barang keperluan berikut :
- Pakaian Kursus
- Pakaian Sukan, Kasut Sukan
- Pakaian SolatTuala, Berus dan Ubat Gigi & Sabun
- Barangan Peribadi
- Ubatan Peribadi (jika perlu)
- Dan Lain-lain Keperluan Peribadi

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Kompleks Rakan Muda, Jalan Serindit,
14200 Sungai Jawi,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tel : 04 - 582 4380
Fax : 04 - 582 4380
www.pbsdsps.multiply.com
TARIKH TUTUP : 23 Mei 2007 (SELASA)

Friday, April 27, 2007

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Sekapur Sirih Seulas Pinang










Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.





Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk

bersama tuan/puan diruangan ini. Saya juga berterima kasih kerana diberi kesempatan

untuk menjalankan tugas-tugas saya sebagai Pegawai Belia Dan Sukan Daerah SPS ,

juga turut menjalankan tugas-tugas sebagai Pengurus Kompleks Rakan Muda SPS





Walaupun hanya sempat bersama tuan/puan selama 7 1/2 bulan, tetapi rasa sedih tetap


ada. Di sini kita telah berjaya membina satu kumpulan kerja yang cukup efisyen,

komited dan mesra. kita juga berjaya mewujudkan laman web rasmi PBSD SPS/KRM SPS.

Kita juga mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan agensi-agensi lain di daerah

ini, dan sejak kebelakangan ini, reputasi kita di peringkat daerah amat membanggakan
sekali.





Sebenarnya banyak perkara yang yang telah kita rancangkan bersama untuk memenuhi

permintaan golongan muda di daerah ini. Namun dengan komitmen dan kewujudan

tenaga fasilitator sukarela PBSD SPS , saya yakin semua perancangan yang telah

diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.





Saya juga berharap, agar golongan muda di daerah ini dapat mengambil kesempatan

untuk menyertai setiap program yang telah diaturkan.





Akhirnya, saya doakan agar kita semua diberikan kerahmatan dan kesihatan untuk terus

menjalankan tanggungjawab sosial kita demi agama, bangsa dan negara. saya juga

memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang

bertugas di SPS. Kepada anda semua, jangan lupa mendoakan kesejahteraan saya dan

semoga saya terus suksess selamanya.





Sekian, terima kasih.



Mohd Hazan Bin Haji Dahari

Friday, April 6, 2007

Thursday, April 5, 2007

KURSUS KEPIMPINAN

KURSUS KEPIMPINAN
Pada : 13 - 15 April 2007 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jawi
Penyertaan : 17 tahun keatas

Maklumat lanjut hubungi :
04 - 582 4380 (yanie)


Saturday, March 24, 2007

Asalamualaikum

pbsdsps.blogspot.com masih baru diwujudkan. Sila hantarkan komen anda mengenai pendapat, pandangan dan lain-lain lain ke pbsdsps@gmail.com atau klik pada comment dibawah.
Terima Kasih।


KLIK SEKARANG >> http://pbsdsps.multiply.com/


JADUAL AKTIVITI/PROGRAM PBSDSPS
31 Mac 2007

Program : Sukaneka Re-Union Rakan Muda
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jawi

Isnin-Sabtu
Program :Gym Rakyat
Tempat :Mini Astaka Jawi

Isnin- Khamis
Program :Senamrobik Hujung Minggu Penggerak Rakan Muda
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

Ahad sahaja
Program :Senamrobik Hujung Minggu
Tempat :Ampang Jajar

8-11 April 2007
Program :Kursus Asas Instruktur Kecergasan NFC (senamrobik) Peringkat Negeri
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

13-15 April 2007
Program :Kusus Kepimpinan
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

Sabtu & Ahad
Program :Kursus Kamera Video (LTF)
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

April-November 2007
Program :PLS Sukan Teras
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

Mac-Mei 2007
Program :Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Belia (Belum/Sudah Berpersatuan)
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi


April 2007
Program :Kursus Usahawan Tani Rakan Muda Peringkat Negeri
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

April – Oktober 2007
Program :Perlaksanaan Aktiviti Anugerah Remaja Perdana bantuan kepada Badan Organisasi
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi

Maklumat lanjut Program sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan SPS

04 - 5824 380

*Jadual Program akan ditambah pada masa akan datang





Mentor Peserta Anugerah Remaja Perdana



Pada 24 Mac 2007 telah diadakan perjumpaan Peserta Anugerah Remaja Perdana Daerah Seberang Perai Selatan bersama Pegawai Belia dan Sukan En. Mohd Hazan Bin Dahari dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan En Mohd Hamdan Bin Osman. Dalam perjumpaan tersebut Peserta Anugerah Remaja Perdana telah diperkenalkan dengan Mentor masing-masing bertujuan bagi membantu peserta melaksanakan tugasan masing-masing. Dibawah disertakan nama mentor untuk Peserta Anugerah Remaja Perdana.
Hasrol Rezuan Bin Ramli 012-443 4478 one_prm@yahoo.ocm
- Norasyikin Bt Md Jabarulla
- Nor Rashida Bt Mohamad Hapeze
- Nurul Artikah Bt Nanyan
Abdul Malik Bin A. Razak 017-4434478
- Aizul Asyadiq B. Anuar Affandi
- Norizan Bt. Mohd Rashid
- Noraini Bt. Zainol
Hazrul Hafizi Bin Abd Rahim 017-5526420 ku2_comel@yahoo.com
- Mohd Nazirul Idzham B. Mohd Noor
- Ariff Bin Mohd Khairuldzaman
- Muhammad Hazmi Bin Romli
Haryani Binti A. Rani 017-499b1459 tigerblack@yahoo.com
- Mohd Fadzli Azim B. Junaidi
- Megat Adib Adli B. Abu Talib
- Aswad Safuan B. Ismail
Mohd Danial Bin Mohd Saad 017-4675664 danial2703@gmail.com
- Norhashimah Bt. Abu Hassan
- Nor Hapizah Bt. Abu Hassan
- Noraini Bt. Abu Hassan
Zulfadli Bin Idrus 012-4718156
- Muhd Naim Fitri B. Abu Bakar
- Mohd Iskandar B. Othman

Friday, March 23, 2007

XPDC Menawan Gunung Bubu

GAMBAR XPDC Menawan Gunung Bubu KLIK>>> BUBU

SILA KLIK >>>Kem Kepimpinan Wawasan Dan Kemahiran Memimpin (Y2Y)

Fasilitator Pejabat Belia dan Sukan SPS


Dari Kiri Atas:
Norasyikin, Danial, Hafizie, Nasaruddin, Zulfadi, Azlan, Zamri dan Chuah

Dari Kiri Bawah:
Mohd Saad, Mohd Hamdan (Pen. Peg. Belia dan Sukan), Mohd Hazan (Peg. Belia dan Sukan), Mohd Rashid dan Zaini.

Kem Kepimpinan Wawasan Dan Kemahiran Memimpin (Y2Y)


Pada : 10 -12 Mac 2007
Tempat : Pantai Kerachut, Pulau Pinang
Anjuran : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan
Dengan Kerjasama : Pejabat Parlimen Nibong Tebal


Pengenalan/Latar Belakang
Persatuan Belia sejak kebelakangan ini agak tidak berperanan sebagai agen pembangunan masyarakat setempat. Ianya sering berhadapan dengan masalah kepimpinan dan pengurusan organisasi sesebuah persatuan. Selain ketidakcekapan mengurus organisasi terdapat juga faktor –faktor kecil yang menganggugugat perpaduan sesuatu organisasi namum ia tidaklah memberi kesan yang mendalam. Jesteru itu, ahli dari pemimpin persatuan perlu di dalam aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan dari masa ke semasa.

Objektif Umum
1. Membolehkan peserta dapat menggerakkan Aktiviti persatuan belia.
2. Meningkatkan pengetahuan kepimpinan dan pengurusan persatuan.
3. Memberi keyakinan kepada peserta untuk mengaktifkan persatuan.

Objektif Spesifik
1. Memberi pengetahuan tentang konsep-konsep kepimpinan, pengurusan dan komunikasi.
2. Menanam kesedaran dan tanggungjawab terhadap persatuan belia.

Gambar Aktiviti Yang Dijalankan

Sesi Permainan Minda
Oleh Mohd Danial (Fasilitator)



Sesi Suaikenal
Oleh En. Mohd Hamdan (Pen. Peg. Belia & Sukan)


Anak penyu yang akan dilepaskan
Noraini, Saad, Danial & Hazan (Peg. Belia & Sukan)


Sesi Riadah (Permainan Lipan & Lontaran Kasih)



Kraf Perkhemahan
Oleh Zulfadli (baju kuning) & Haryani (baju oren)


Sesi latihan peserta (Malam Persembahan)


Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Majlis Penutup & Penyerahan Sijil

Untuk melihat lebih lagi gambar KLIK >>> (Y2Y)
___________________________________________________________________

Disediakan Oleh : Mohd Danial danial2703@gmail.com