
Sunday, February 17, 2008
Thursday, May 10, 2007
PJKN 07

Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) merupakan suatu bentuk “Khidmat Nasional” bagi belia lepasan SPM. Walau bagaimanapun ianya berbeza daripada “Program Khidmat Negara” yang umumnya bersifat ketenteraan dengan tujuan memperkukuhkan mental dan fizikal peserta. Pelaksanaan PJKN lebih menekankan kepada aspek pembangunan diri generasi muda itu sendiri di samping menyemai semangat memperkasa jati diri, kesukarelaan, patriotisme, membentuk perilaku yang baik dan menghayati perpaduan negara.
PJKN telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2006 dengan bertujuan untuk mengisi masa lapang belia dan beliawanis yang tidak terpilih menyertai PLKN. Dalam program PJKN inilah masa yang terbaik kepada para belia dan beliawanis membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh mereka dan yang kurang pengalaman boleh menimba pengetahuan.
Program ini dijalankan mengikut modul yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Sahsia KBS. Pihak penganjur amat berkeyakinan para belia dan beliawanis yang mengikuti program ini akan membawa balik ilmu yang terbaik sebagai pemimpin masa hadapan negara.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan telah pun berjaya menganjurkan Program ini pada tahun 2006 disamping Program Khidmat Sosial Negara pada tahun 2002 dan 2003, berkeyakinan program ini akan berjaya dilaksanakan dengan adanya penceramah dan fasilitator yang berwibawa.
MATLAMAT
Matlamat Umum
Untuk membantu usaha membina generasi muda menghadapi cabaran sosial masa kini dengan memperkasa ketahanan diri mereka dengan semangat patriotisme, kejelasan identiti jatidiri dan penghayatan perpaduan.
Matlamat Khusus
Merencana aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk golongan remaja 18 - 25 tahun. Dalam merencana aktiviti ini, beberapa prinsip juga telah diambil kira, termasuk minat dan bakat peserta.
OBJEKTIF
Objektif Umum
“Peserta-peserta akan dapat membentuk keperibadian sebagai warganegara muda Malaysia yang mempunyai jatidiri yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.
PENGISIAN PROGRAM
- LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
- KENEGERAAAN
- PENDIDIKAN MORAL
- KHIDMAT MASYARAKAT
- KELUARGA ANGKAT
- PERKHEMAHAN, SUKAN DAN RIADAH
- EKSPRESSI SENI
- PENGUCAPAN AWAM
KEMUDAHAN PROGRAM
Pihak penganjur menyediakan kemudahan berikut secara percuma.
- Makan Minum
- Penginapan
- Pengangkutan
- Sijil Penyertaan
- Fail, Nota dan Alat Tulis
- T - Shirt dan Track Botom
- Topi dan Bag Galas
- Insuran Diri
PERALATAN PERIBADI
Jika ingi menyertai Program ini, anda hanya perlu membawa barang-barang keperluan berikut :
- Pakaian Kursus
- Pakaian Sukan, Kasut Sukan
- Pakaian SolatTuala, Berus dan Ubat Gigi & Sabun
- Barangan Peribadi
- Ubatan Peribadi (jika perlu)
- Dan Lain-lain Keperluan Peribadi
KETERANGAN LANJUT HUBUNGI
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Kompleks Rakan Muda, Jalan Serindit,
14200 Sungai Jawi,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tel : 04 - 582 4380
Fax : 04 - 582 4380
www.pbsdsps.multiply.com
TARIKH TUTUP : 23 Mei 2007 (SELASA)
Friday, April 27, 2007
Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
bersama tuan/puan diruangan ini. Saya juga berterima kasih kerana diberi kesempatan
untuk menjalankan tugas-tugas saya sebagai Pegawai Belia Dan Sukan Daerah SPS ,
juga turut menjalankan tugas-tugas sebagai Pengurus Kompleks Rakan Muda SPS
Walaupun hanya sempat bersama tuan/puan selama 7 1/2 bulan, tetapi rasa sedih tetap
ada. Di sini kita telah berjaya membina satu kumpulan kerja yang cukup efisyen,
komited dan mesra. kita juga berjaya mewujudkan laman web rasmi PBSD SPS/KRM SPS.
Kita juga mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan agensi-agensi lain di daerah
ini, dan sejak kebelakangan ini, reputasi kita di peringkat daerah amat membanggakan
sekali.
Sebenarnya banyak perkara yang yang telah kita rancangkan bersama untuk memenuhi
permintaan golongan muda di daerah ini. Namun dengan komitmen dan kewujudan
tenaga fasilitator sukarela PBSD SPS , saya yakin semua perancangan yang telah
diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Saya juga berharap, agar golongan muda di daerah ini dapat mengambil kesempatan
untuk menyertai setiap program yang telah diaturkan.
Akhirnya, saya doakan agar kita semua diberikan kerahmatan dan kesihatan untuk terus
menjalankan tanggungjawab sosial kita demi agama, bangsa dan negara. saya juga
memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang
bertugas di SPS. Kepada anda semua, jangan lupa mendoakan kesejahteraan saya dan
semoga saya terus suksess selamanya.
Sekian, terima kasih.
Mohd Hazan Bin Haji Dahari
Wednesday, April 25, 2007
Friday, April 6, 2007
Thursday, April 5, 2007
KURSUS KEPIMPINAN
Pada : 13 - 15 April 2007 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jawi
Penyertaan : 17 tahun keatas
Maklumat lanjut hubungi :
04 - 582 4380 (yanie)
Saturday, March 24, 2007
Asalamualaikum
Terima Kasih।

KLIK SEKARANG >> http://pbsdsps.multiply.com/
JADUAL AKTIVITI/PROGRAM PBSDSPS
31 Mac 2007
Program : Sukaneka Re-Union Rakan Muda
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jawi
Isnin-Sabtu
Program :Gym Rakyat
Tempat :Mini Astaka Jawi
Isnin- Khamis
Program :Senamrobik Hujung Minggu Penggerak Rakan Muda
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
Ahad sahaja
Program :Senamrobik Hujung Minggu
Tempat :Ampang Jajar
8-11 April 2007
Program :Kursus Asas Instruktur Kecergasan NFC (senamrobik) Peringkat Negeri
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
13-15 April 2007
Program :Kusus Kepimpinan
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
Sabtu & Ahad
Program :Kursus Kamera Video (LTF)
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
April-November 2007
Program :PLS Sukan Teras
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
Mac-Mei 2007
Program :Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Belia (Belum/Sudah Berpersatuan)
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
April 2007
Program :Kursus Usahawan Tani Rakan Muda Peringkat Negeri
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
April – Oktober 2007
Program :Perlaksanaan Aktiviti Anugerah Remaja Perdana bantuan kepada Badan Organisasi
Tempat :Kompleks Rakan Muda Jawi
Maklumat lanjut Program sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan SPS
04 - 5824 380
*Jadual Program akan ditambah pada masa akan datang